Saturday, July 21, 2012

6) Missing U like heLL

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.... Alhamdulillah, kita semua diberi peluang lagi menikmati Ramadhan utk 2012 ni.... masyaallah cepat btul setahun. Apa-apa pun aku berharap Ramadhan kali ni lebih baik insyaallah.


Aku nak citer.... hubungan persahabatan istimewa aku dgn pak maun dah genap setahun, alhamdulillah... Pertemuan kami yang dulu nya hanya 3-4 kali, telah pun mencecah hingga 19 kali.. :) Semua itu berlaku atas izin Allah...aku bersyukur sangat. Pertemuan terakhir kitorang berdua time 31.5.2012...lepas tu kitorang tak jumpa sampailah time company dia buat event kat Sheraton hotel 6.7 aritu, kitorang tak dapat date sebab dia terlampau sibuk dengan kerja. Online pun jarang-jarang sangat. Then dapatlah aku tatap dia kejap kat event tu... dia agak tkejut sebab aku datang, dia tak invite pun...kawan dia invite aku & kasi aku masuk dalam event tu under nama dia.Tapi dia nampak happy gak lah bila aku datang. Sebab dia ni memang jenis tak suka aku terlibat dengan apa-apa kerjaya dia....Hal kami hanya di luar bidang kerja dia. That's what i can see. Aku ajak dia bergambar but dia bz...after 20 mins, dia nampak aku still ada kt situ then dia yang panggil aku, meh meh ambik gambar... :)) Alhamdulillah, aku dapat jugak merakam kenangan bersama dia...


Since that day, aku tak jumpa pun dia langsung sampailah ke hari ini. Aku tak tahu ape yang berlaku kat dia, sihat ke tak, ada masalah ke ape...sebab kitorang memang tak contact kt phone. Aku hormati keputusan dia yang dia tak ready nak contact kt phone, i will wait until dia sendiri yang call/sms aku when he's ready. Aku rasa ikut zaman sekarang ni, kami lah yang paling unik sebab jumpa da almost 20 times but tak contact kt phone...aneh-aneh kan? hakhak... but tu pun kira sejarah unik sepanjang hidup aku. Never mind, aku tau ade hikmah  di sebalik semua ni & aku yakin Allah menjanjikan kebahagiaan buat aku, kerana telah penat bersabar dengan semua dugaanNya.


Walaupun kami dah hampir 2 bulan tak jumpa, namun hatiku takkan pernah berubah. Aku tetap sayangkan dia seperti mana pertama kali berkenalan dulu... Tetapi buat masa ini, jujurlah aku sedikit sebak teringat masa kami mula-mula rapat dulu, waktu tu pun bulan puasa (2011)...cepat betul masa berlalu :') Aku harap Allah akan masih pertemukan kami dan aku pohon, andai benar kami kekal berkawan, maka jauhkanlah lagi hubungan kami, lebih dari seorang kawan insyaallah. Amin amin amin... ya Allah, pertemukanlah kami secepat mungkin, aku rindukan dia...tersangat-sangat rindu. Kau pertahankanlah persahabatan istimewa kami ya Allah, janganlah putuskannya di tengah jalan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus... Ya Allah, aku berdoa padamu, kau sihatkanlah dia, jauhkan dia dari segala penyakit & penderitaan yang dia alami sekarang,berikanlah dia peluang menikmati kebahagiaan, berikan dia peluang berpuasa dengan sempurna tahun ini, murahkanlah rezeki dia & buka pintu hatinya untuk terima cinta & kasih sayangku ya Allah. amin amin amin ya rabbal 'alamiiiiin :')





Ni lah gambar kenangan kami yang sempat aku rakamkan...sorry yeh terpaksa kukaburkan, bahaya wo0o...hihihi... it was unforgettable memory,seriously. I love u Pak Maun ^_^

No comments:

Post a Comment